PEMINAT SETIA

Wednesday, July 21, 2010

Kem Motivasi dan Pembelajaran Strategik KRK Daerah di UPSI










Seramai 33 orang pelajar 1RK telah ke Kolej Harun Aminurashid UPSI untuk mengikuti Kem Motivasi dan Pembelajaran Strategik Peringkat Daerah Batang Padang. Selain SMKKJ, SMK Slim dan SMK Air Kuning turut terlibat. Aku dan Kak Hazana menguruskan semua anak RK kami sejak dari urusan menaiki bas sehinggalah tiba di UPSI. Aku menaiki bas bersama-sama pelajar dan Kak Hazana mengikuti dari belakang dengan kereta bagi memastikan keselamatan para pelajar. Aku dapat rasakan, mereka sangat teruja untuk menimba pengalaman baru bersama-sama mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Semoga semua pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan ilmu, pengalaman dan memperoleh kenalan rakan KRK selain merasai pengelaman kehidupan di IPT

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP