PEMINAT SETIA

Thursday, July 1, 2010

HAC2010 - Apa jua tugasan, buat sehabis baik





Hari Anugerah Cemerlang (HAC) 2010 baru saja berlalu dengan gilang gemilang. Tahniah kepada penyelaras dan semua rakan guru dan pelajar yang telah berhempas pulas menjayakan program penting ini. Aku kali ini tidak menjadi pengacara, namun aku berasa sangat teruja menjalankan tugas sebagai pembaca Biodata Penerima Pingat Emas. Kerana tugasan inilah aku sudah pandai (amatur lah) buat presentation ala-ala video korporat kerana aku perlu menyediakannya dengan berkat tunjuk ajar Kak Azizah. TQVM Kak Zah. Begitu juga kepada Cikgu Wan J, yang setia mengadun 'bahanku' dengan kemas, Hidup jiran-jiranku!!

Moral di sebalik peristiwa ini, sebagai seorang Kaunselor, kita perlu bersedia dengan apa juga amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Walau tiada pengalaman, timbalah ilmu daripada rakan guru senior atau rakan guru yng lebih tahu. Usah malu bertanya. Aku berasa puas mendengar maklumbalas daripada penerima Pingat Emas itu sendiri, pelajar lain, rakan guru dan tetamu yang hadir. Walaupun , masih banyak yang boleh diperbaiki, namun, apa yang penting aku telah mencuba sehabis daya.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP