PEMINAT SETIA

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ini genap 11 tahun aku bergelar guru. Bermula di SMK Seri Sepang sebagai guru ganti. Posting pertamaku di SMK Usukan, Kota Belud, Sabah. Kemudian, aku ke SMK Senawang Dua, Seremban. Menyusul seterusnya aku berkhidmat di SMK Slim dan kini, masih di SMK Khir Johari, Tg. Malim. Pelbagai ragam pentadbir, rakan sekerja dan para pelajarnya. Budaya yang berbeza dan semuanya mematangkan aku dalam kerjaya ini

Walau dulu, aku tidak berminat dengan bidang ini, dengan pelbagai persepsiku yang negatif. Namun, kini, aku semakin menyintai dan menghargai kerjaya ini. Sebagai Guru Cemerlang sudah tentu tanggungjawab yang terpikul di bahuku lebih berat. Aku akan berusaha untuk memperbaiki diri dan prestasi kerjaku demi kepuasan dan suatu kepuasan yang tidak terhingga.
Terima kasih kuucapkan kepada semua mantan guruku si Sekolah Tunku Mahmood 2, Kluang iaitu Cikgu Kalthom, Cikgu Salleh, Cikgu Ramaya. Cikguku di Sekolah Tinggi Kluang, Johor iaitu Cikgu Misnan, Cikgu Burhanuddin, Cikgu Ng Ah Moi, Cikgu Burhan. Cikgu di SMK Sg Pelek, Sepang iaitu Cikgu Akhiar Pardi, Cikgu Azman Johari, Cikgu Punitha, Cikgu Laila, Cikgu Puzi, Cikgu Rafidah. Aku berada di posisi ini atas didikan kalian. Terima kasih cikgu!

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP