PEMINAT SETIA

Thursday, April 29, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang MSSPK Kali ke 54

Pada 23 hingga 26 April 2010, Daerah Batang Padang menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSSPK Kali ke 54. Aku dan Cikgu Malek telah ditugaskan sebagai pengacara majlis pada saat-saat akhir. Walaupun agak keberatan, tapi atas rasa tanggungjawab, kami cuba lakukan yang terbaik demi maruah Batang Padang!!!.

Ketika mengacarakan majlis penutup
yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak

Majlis perasmian lebih complicated dan dirasmikan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak.
En Hishamudin Adnan menemani kami dari awal hingga akhir majlis..

Lintas hormat dengan maskot Durian Gempa Bumi. hehe

Maskot Seladang yang ceria
Tuan Pengetua aku yang tidak jemu-jemu memberi sokongan
kepada aku dan Cikgu Malek

Alhamdulillah, JPN puas hati dengan kerja kami. Cuma sebagai pengacara majlis, tidak semudah yang disangka. Apabila majlis sempurna, pujian melangit akan diberi, jika kecatatan berlaku, pengacara juga yang akan "dibambu". Selama 21 tahun aku menjadi pengacara majlis (sejak darjah 6), pelbagai pengalaman pahit dan manis yang aku lalui. Aku rasa, sudah tiba masanya untuk aku "coaching" anak muridku untuk menjadi seorang pengacara.




Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP