PEMINAT SETIA

Wednesday, March 3, 2010

Raptai Kejohanan Olahraga Sekolah

Aku berpanas selama dua hari berturut-turut di padang sekolah untuk raptai kejohanan olahraga sekolah. Walaupun penat tetapi aku seronok dapat bersama-sama pelajarku
Pasukan angklung sekolah yang akan membuat persembahan esok

Pemegang papan tanda, pembawa bendera dan pasukan kawad
sedang menyusun strategi

Bukan aku saja yang berpanas, malahan "bossku", Tuan Pengetua Cemerlang turut turun padang dua hari berturut-turut, duduk di sebelah aku dan Cikgu Malek. Memberi suntikan semangat kepada kami. Terima kasih Pn Hjh Noraini.
Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, tugas untuk menjadi pengacara pula selalu sinonim dengan kita. Kepada GBK sekalian, lengkapkanlah diri kita dengan bidang ini. Program "TOP HOST 2010" di TV3 telah bermula, relevan dengan kerjaya kita untuk ditontoni. Selamat menonton


Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP