PEMINAT SETIA

Tuesday, March 9, 2010

Motivasi Ilmu Permata Diri - Program Juara Rakyat

Pada 5 Mac 2010 yang lalu, Pejabat Menteri Besar Negeri Perak telah memilih SMK Khir Johari Tg Malim untuk menjayakan satu Program Motivasi Ilmu Permata Diri yang merupakan salah satu intipati bagi Program Juara Rakyat. Selain sekolah aku, 3 buah sekolah lain di Daerah Batang Padang ini turut terlibat. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Penolong Kanan, Guru Kanan dan Ahli Lembaga Asrama. Sasarannya adalah untuk semua pelajar asrama di sekolah ku. Program berjalan lancar dan memberi impak positif ke arah pembentukan sahsiah dan peningkatan motivasi pelajar.
Ini selaras dengan pandangan bahawa :
Motivasi adalah nilai dan kepercayaan yang ada pada seseorang yang menentukan perlakuan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. (Zainuddin dan Goh, (2006)].

Motivasi juga dirujuk sebagai daya gerakan sama ada dalaman atau luaran kepada seseorang individu dimana membangkitkan semangat, minat dan ketabahan yang berterusan yang mengarah sesuatu kelakuan untuk mengejar sesuatu (Daft, 2003)

McShane dan Glinow (2003), berpendapat motivasi merupakan dorongan atau desakan dalaman seseorang individu yang akan mempengaruhi hala tujunya, kekuatan dan kekekalan sesuatu tingkahlakunya. Individu yang bermotivasi akan bersedia dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk suatu masa yang tertentu bagi mencapai matlamat tertentu.
Aku dan Pn Hjh Norrizan (Guru Cemerlang Sejarah)
yang turut hadir memberikan sokongan
Pamplet program

Penceramah dan wakil Pejabat Menteri Besar
sedang menikmati jamuan
Aku bersama-sama Kaunselor Pelatih, Norihan
Fail 1 Malaysia diberikan kepada
semua pelajar dan guru yang hadir

Ustaz Ahmad Kamari bin Salleh
sedang menyampaikan ceramahnya

Orang-orang kuat di sebalik program ini
Pn Effa, Pn Noor Hayati, Pn Norahazana dan Pn Aslinda
Para pelajar dan pentadbir
sedang khusyuk mendengar ceramah
Semoga para pelajar, mendapat manfaat daripada program ini yang ditaja oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Aku hanya mengetahui program ini pagi Jumaat, lantas Pengetua mengarahkan aku untuk menjemput semua ahli Lembaga Asrama. Kepada yang tidak mendengar pengumuman yang aku buat di perhimpunan, maka mereka tidaklah memperoleh maklumat. Aku tak berdaya nak berjumpa seorang demi seorang ahli lembaga. Mohon maaf jika ada yang terasa tidak dijemput, pengumuman telah dibuat, mungkin kawan-kawan yang tak perasan.

Tentang Blog Sensasi

Saya suka menulis. Blog ini merupakan blog personal dan apa sahaja yang dituliskan di sini tiada kaitan dengan sesiapa samada secara langsung atau tidak. Elakkan kontroversi dan saya hanya mahu berblogging dan meluahkan isi hati dari sisi pandangan tersendiri. Moga kita saling menghormati dan menyayangi. Mesej keamanan dari Blog Effa Rina My Sensational Blog Zone.

This is a personal blog. The opinion expressed here represent my own and not those of the other persons.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP